199201015575 (247079-M)

General Line
+603-2681 6222

General Line
+603-2681 6222

General Email
marketing@kpjhealth.com.my

WhatsApp

WhatsApp
Penyakit kencing manis cukup sinonim dihidapi dalam kalangan individu dewasa. Bagaimanapun, masalah ini turut membabitkan kanak-kanak. Ia dibuktikan apabila bilangan pesakit kencing manis dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat di seluruh dunia.
Kencing manis adalah satu keadaan yang mana paras gula dalam darah lebih tinggi daripada paras normal. Pakar Kanak-Kanak KPJ Batu Pahat Specialist Hospital Dr Soon Chong Chye berkata, penyakit kencing manis dalam kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu kencing manis jenis satu dan kencing manis jenis dua. Beliau berkata, kencing manis jenis satu berpunca daripada kegagalan pankreas menghasilkan insulin mencukupi.
"Kebiasaannya, ia terjadi apabila sistem imuniti badan seseorang menyerang dan merosakkan sel pankreas sendiri.
"Ini akan menyebabkan penghasilan insulin tidak mencukupi bila diperlukan. Sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus kencing manis jenis satu mempunyai sejarah keluarga menghidap kencing manis.

"Secara umumnya, mereka akan kelihatan kurus, sering dahaga, banyak minum dan selalu membuang air kecil.
"Komplikasi utama kepada penghidap kencing manis jenis satu ialah kencing manis ketoacidosi. Ini boleh menyebabkan koma atau kemudaratan yang serius," katanya.
Dr Soon berkata, kencing manis jenis dua pula disebabkan oleh kekurangan keberkesanan insulin ('insulin resistance'). "Selain daripada gejala kencing manis seperti dahaga, banyak minum dan kerap membuang air kecil, lazimnya mereka adalah golongan obes.
"Sebanyak 90 peratus pesakit kencing manis jenis dua mempunyai sejarah keluarga kencing manis.
"Kira-kira satu pertiga daripada kes kencing manis jenis dua diketahui melalui saringan ujian darah. Golongan ini tidak menunjukkan gejala penyakit berkenaan," katanya.
Menurutnya, rawatan kencing manis dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat kompleks dan memerlukan pembabitan pelbagai disiplin kepakaran, terutama pakar kanak-kanak endokrin. Jelasnya, cara hidup sihat terutama pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang sesuai, memainkan peranan untuk mengurangkan masalah kencing manis. Tambahnya, saringan ujian darah adalah digalakkan terutama kepada mereka yang obes dan mempunyai sejarah keluarga kencing manis. -Harian Metro

Learn more ![]()

Nur Adilah Badrol Hisham
Jun 22, 2022
199201015575 (247079-M)
General Line
General Line
General Email
marketing@kpjhealth.com.my
KKLIU
PDPA
T&C
KKLIU
PDPA
T&C