KPJ News


Serahan Sumbangan Peralatan Perlindungan Diri (PPE)

Posted in CSR on 12:00PM, 25 June, 2020

HS_32.jpg


Serdang : KPJ Kajang Specialist Hospital menghulurkan sumbangan kepada Hospital Serdang baru-baru ini untuk membantu para petugas barisan hadapan dalam menangani penularan wabak COVID-19.


KPJ Kajang Specialist Hospital menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) yang terdiri daripada pelitup hidung dan mulut, isolation gown, long sleeve plastic apron dan jump suit protective overall.


KPJ Kajang Specialist Hospital diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Puan Rafidah Ahmad. Beliau menyerahkan sumbangan tersebut kepada Dr. Norimie binti Nafi Timbalan Pengarah Pengurusan, Puan Suriawati binti Zulkefli Ketua Jabatan Rekod Perubatan dan Puan Syahirah Timbalan Ketua Jabatan Farmasi.


Sumbangan ini merupakan salah satu usaha KPJ Kajang membantu hospital awam dalam menangani pandemik COVID-19. Ini juga adalah usaha berterusan KPJ Kajang dalam memastikan petugas barisan hadapan sentiasa bersedia menghadapi situasi ini.

KPJ Kajang sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan hospital awam khususnya melibatkan kesedaran tentang kesihatan secara umum.


Turut hadir semasa penyerahan sumbangan tersebut ialah Ketua Pengurus Operasi KPJ Kajang Specialist Hospital Puan Azan Mukminah Saffin dan Ketua Perhubungan Awam dan Pemasaran Encik Nazrihamdan Ab. Talib.



Back News & Events