KPJ News


Pertandingan Terrarium Oleh Kpj Kajang All Star Bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2020

Posted on 09:00AM, 5 June, 2020

terarrium_3.jpg


terarrium_4.jpg


KEPELBAGAIAN HIDUPAN


Hospital Pakar KPJ Kajang - Tanggal 5 Jun setiap tahun merupakan hari sambutan Alam Sekitar Sedunia yang telah dipersetujui dalam Persidangan mengenai Alam Sekitar Manusia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1972. Hari Alam Sekitar Sedunia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang memelihara and menambah baik alam sekitar dari pencemaran dan isu-isu semasa.


Hari Alam Sekitar Sedunia 2020 membawa tema, Biodiversity atau Kepelbagaian Hidupan. Kepelbagaian dalam hidupan adalah asas yang menyokong kepada semua hidupan yang berada di darat mahupun di air. Kepelbagaian ini mempengaruhi setiap aspek kesihatan manusia iaitu dari segi penyediaan udara dan air bersih, makanan berkhasiat, kajian berilmiah, ketahanan terhadap penyakit dan mitigasi terhadap perubahan iklim. Perubahan atau kekurangan satu dari elemen ini mempengaruhi keseluruhan sistem kehidupan dan boleh memberi kesan yang negatif.


Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2020, Hospital Pakar KPJ Kajang telah mengadakan satu pertandingan Terrarium berkonsepkan biodiversiti kepada kakitangan hospital. Pertandingan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan mengenai kepelbagaian hidupan dan pekerja dapat memahami bagaimana ekosistem dalam terrarium memberi makna kepada biodiversiti itu sendiri.


Aktiviti ini telah mendapat sambutan hangat dari warga kerja KPJ Kajang di mana peserta pertandingan ini terdiri daripada doktor pakar, kakitangan jururawat dan staf sokongan dengan penyertaan sebanyak 43 kumpulan yang memeriahkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Pertandingan Terrarium ini telah diadili oleh Ketua Pengarah Eksekutif KPJ Kajang, Pn Rafidah Ahmad, Pengurus Operasi KPJ Kajang, Pn Azan Mukminah Saffin dan Koordinator Alam Sekitar KPJ Kajang, En Mohd Najeh Ramdzany untuk memilih tiga pemenang utama.


Kebanyakan peserta merasa gembira dan seronok menyertai pertandingan ini kerana ia merupakan pengalaman yang baharu bagi mereka. Di samping itu, mereka juga dapat mengetengahkan kreativiti yang terpendam dan dapat mengurangkan tekanan kerana kerja dari akibat pandemik Covid-19. Semoga aktiviti seperti ini dapat menambah pengetahuan tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar, seterusnya menggalakkan kecintaan terhadap alam semulajadi.




Back News & Events