KPJ News


Perkhidmatan Hospital KPJ Masih Diteruskan Sepanjang PKP (1 Jun ke 14 Jun 2021)

KPJ Healthcare mengambil maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari, akan berkuatkuasa di seluruh negara dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021, seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia.


Sebagai penyedia perkhidmatan perlu, hospital-hospital KPJ akan terus dibuka bagi memastikan perkhidmatan penjagaaan kesihatan yang diperlukan oleh pesakit kami di seluruh negara, tidak terkesan di sepanjang tempoh PKP ini.


KPJ akan memastikan perkhidmatan kami mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Para doktor pakar dan wargakerja KPJ tidak alpa dalam memerangi Covid-19.


Keutamaan kami adalah keselamatan dan kesihatan anda.

Untuk meminimakan risiko, pesakit sedia ada digalakkan menghubungi Hospital KPJ terdekat untuk mengatur temujanji dengan doktor pakar kami, terutamanya jika anda perlu menerima rawatan di hospital kami.


Sebagai alternatif, kami juga menyediakan perkhidmatan dalam talian untuk pesakit sedia dan perkhidmatan penghantaran ubat-ubatan ke rumah. Pesakit boleh log masuk ke laman web kami www.kpjhealth.com.my untuk akses.


Kami sentiasa ada bersama anda.

Back News & Events