KPJ Newsletter

Siswa KPJUC dekati gelandangan

Posted on 04:49PM, 9 January, 2018

Mahasiswa KPJ Healthcare University College (KPJUC) menganjurkan projek khidmat masyarakat bersama gelandangan untuk

membantu golongan tersebut yang terdapat di sekitar ibu kota, baru-baru ini.


Pengarah program yang juga mahasiswa KPJUC, Mohd Zulkamal Mohd Alipiah berkata, inisiatif itu turut mendapat kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Dapur Jalanan program ini kerana ia membuktikan kepada masyarakat bahawa mahasiswa KPJUC juga mampu menjadi agen mengubah masyarakat terutama membantu meringankan beban sesuatu masalah.


“Seramai 38 mahasiswa KPJUC yang terdiri daripada jurusan kejururawatan, perubatan pengimejan, strategik dan komunikasi korporat dan fisioterapi terlibat dalam pengagihan makanan dan minuman,” katanya.


Menurutnya, kit kebersihan diri (personal hygiene kit), keperluan barang mandi dan sesi gunting rambut percuma kepada golongan gelandangan turut disediakan.


“Pada masa yang sama, penyerahan cek bernilai RM500 dan 50 set mangkuk turut disumbangkan oleh mahasiswa KPJUC kepada Dapur Jalanan dan sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu NGO tersebut.


“Menjadi harapan mahasiswa KPJUC agar mahasiswa cakna dan sedar terhadap gaya hidup di ibu kota ini, gelandangan

mestilah dibantu dan bukan disisihkan,” katanya.


Mohd Zulkamal berkata, program berkenaan secara rasionalnya dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat.- Sinar Harian