Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Pusat kesihatan pertama di kawasan komuniti

Hospital Pakar Ipoh (KPJ­ISH) dan Meru Valley Resort Bhd de­ngan memorandum persefaha­man (MoU)

18-08-2016

Ipoh: Projek pembangunan Pusat Kesihatan Meru Valley Eco village di sini bakal menjadi pusat ke­ sihatan komuniti pertama yang dibina di kawasan kediaman di Perak.

Perkhidmatan berkeriaan yang akan memanfaatkan lebih 1,000 penduduk setempat dan sekitar akan disediakan menerasi keija­ sama Hospital Pakar Ipoh (KPJ­ISH) dan Meru Valley Resort Bhd de­ngan memorandum persefaha­man (MoU) mengenainya dime­
terai, di sini semalam.

Pada majlis disaksikan Penge­rusi Jawatankuasa Kesihatan,  Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional
dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon itu, KPJ­ ISH diwakili Pengarah Eksekutif­nya, Mohd Nasir Mohamed,         manakala Meru Valley Resort oleh Pengarahnya, Datuk Lim Si Boon.

Dr Mah berkata, projek bernilai RM400,000 di kawasan perumahan baharu itu menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan, termasuk klinik perubatan, perkhidmatan penjagaan jururawat serta pemu­lihan dan fisioterapi.

"Pusat ini dijangka mula beroperasi pada Oktober ini, satu­sa­ tunya yang menggabungkan pusat kesihatan komuniti di bawah satu sistem perumahan dalam suasana begitu kondusif di negeri ini. Ia kerjasama pintar untuk penduduk di sekitar kawasan ini dan Perak," katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi KPJ­ ISH, Datuk Amiruddin Abdul Satar dan .Timbalannya, Ahmad Nasi­ruddin Harun.

Dr Mah berkata, pusat kesihatan komuniti itu akan turut dilengkapi bilik rundingan. ruang menunggu yang selesa, kios maklumat serta kakitangan terlatih - Berita Harian



BACK