Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
News

Ujian kesihatan mudah alih ke lokasi pilihan anda

Lablink Medical Laboratory tawar empat pakej termasuk kepada wanita mengandung, orang tua.

15-08-2016

Selepas hampir sebulan meratah rendang dan meneguk berpuluh­-puluh gelas air sirap dalam kemeriahan Aidilfitri, secara tiba-tiba minggu lalu, penulis mulai bimbang mengenai tahap kesihatan.

Penulis bingkas mencapai telefon pintar dan menyusuri beberapa pautan internet sebelum sampai
kepada perkhidmatan baharu Lablink Medical Laboratory, anak syarikat KPJ Healthcare Bhd hasil saranan rakan penulis.

Dikenali sebagai Mobile Laboratory Service, perkhidmatan itu membolehkan pelanggan di Lembah Klang, Selangor dan Seremban mendapatkan ujian kesihatan secara­ terus daripada pakar di tempat pilihan pengguna sama ada di rumah, pejabat atau padang golf sekalipun.

Benar sebelum ini penulis pernah mencuba beberapa perkhidmatan dalam talian tetapi ini kali pertama penulis cuba menempah sendiri perkhidmatan ujian kesihatan mudah alih milik gergasi kesihatan ternama Malaysia.

Empat pakej ujian kesihatan

Susun atur di laman kpjlablink.com agak mengelirukan tetapi dengan mudah mata penulis mengecam ikon Mobile Laboratory Service yang kemudian dibawa ke laman yang menyediakan empat pakej ujian kesihatan yang disediakan.

Pilihan penulis adalph pakej pemeriksaan kesihatan menyeluruh (ML GP61M) RM185 yang mana pengguna boleh menempah menerusi dalam talian di ruang yang disediakan atau membuat panggilan terus bagi menetapkan waktu temu janji dan lokasi.

Akhirnya tepat pada waktu, pasukan profesional Mobile Laboratory Service tiba di Balai Berita NSTP Bangsar terdiri daripada pembantu perubatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan lengkap, mengambil darah dan air kencing.

Berdasarkan pegawai Lablink keputusan dapat disediakan dengan pantas dalam tempoh 24 jam bahkan jika dilakukan awal pagi pengguna berpeluang mendapatkan keputusan pada hari sama menerusi e­-mel.

la sangat dialu­-alukan khususnya kepada ibu mengandung dan orang tua tidak perlu menunggu berjam-jam lamanya di hospital untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan kembaii bertemu doktor pada hari lain selepas mendapat keputusan.

Khususnya bagi ujian minum air gula bagi wanita mengandung sememangnya diakui waktu paling sengsara, namun mereka kini mempunyai pilihan melakukannya di kediaman masing­-masing dalam suasana yang lebih selesa.

Perkhidmatan ujian makmal

Mengulas lanjut, Pengurus Besar Lablink Medical Laboratory, Nora Buhari, berkata dalam perniagaan terasnya, Lablink menyediakan perkhidmatan ujian makmal untuk pelanggan klinik setempat dan laporan kesihatan yang menepati standard kesihatan global.

"Justeru, kami buka cawangan di seluruh negara supaya pelanggan mereka boleh datang ke cawangan kami menjalani pemeriksaan kesihatan dengan selesa dan mendapatkan laporan kesihatan dengan pantas serta tepat.

"Namun, kami berpendapat kelebihan dan kredibiliti profesional kami boleh diperluaskan lagi kepada pelanggan yang mana untuk permulaan pasukan mudah alih ini ditawarkan kepada pelanggan di seluruh Lembah Klang, Selangor dan Seremban katanya kepada BH di Kuala Lumpur, baru-­baru ini.

- Berita harian



BACK