Events

Hospital Pakar KPJ Rawang anjur majlis khatan


ALAM DEWASA. Seramai 18 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan AshShakur, Rumah Siraman Kasih termasuk anak-anak kakitangan Hospital Pakar KPJ Rawang, Selangor menyertai majlis khatan beramai- ramai anjuran Hospital Pakar KPJ Rawang baru-baru ini.

Menurut Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Rawang, Zaiton Sulaiman, program tersebut merupakan satu daripada program tanggungjawab sosial hospital itu kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik."Kanak- kanak yang terlibat turut diarak sambil diiringi paluan kompang dan gimik pancuran air daripada pasukan bomba Rawang," katanya.- KOSMO