Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
Events

Teruja lahir bayi merdeka

2015-09-01

Saya bersyukur  kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata ketika rakyat negara ini bergembira menyambut Hari Kebangsaan Ke58," kata suri rumah Nur Syafina Janey yang melahirkan Putri Nur Jannah jam 5 pagi, semalam. Nur Syafina, 17, melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram (kg) itu secara normal di Hospital Sultanah Airiinah (HSA), di sini.

Menurut Nur Syafina, dia dijangka bersalin pada 5 September ini, namun dimasukkan ke wad lebih awal kelmarin atas nasihat doktor. "Beberapa jam kemudian, saya dimasukkan ke pusat bersalin dan syukur, proses kelahiran berjalan lancar. "Saya gembira kerana anak kedua ini dilahirkan pada hari bersejarah dan berdoa supaya dia menjadi insan berguna apabila dewasa kelak," katanya yang mempunyai seorang lagi anak Irsyad Hazim yang berusia dua tahun.

Selain Nur Syafina, kegembiraan sama turut dirasai Zaki Abd Kadir, 33, dan isterinya Roziana Sabtu, 33, yang turut dikurniakan cahaya mata kedua diberi nama Raysha Zya Suhaila. Roziana berkata, dia memasang impian bersalin pada Hari Kebangsaan walaupun doktor menjangkakan kelahiran berlaku pada 7 September. "Saya teringin menimang cahaya mata pada hari kemerdekaan dan tidak sangka impian menjadi kenyataan.


"Saya dan suami bertambah gembira kerana dikurniakan bayi perempuan selepas men dapat cahaya mata lelaki, Ahmad
Razan yang kini berumur dua tahun," katanya ketika ditemui selepas menerima cenderahati daripada Pengurus Operasi Hospital Pakar Puteri KPJ Muhammad Tareq Mamat - Harian Metro (Johor)

BACK