Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2016 Annual Report
Home > Corporate Profile
Events

Saringan Kesihatan Percuma Untuk Warga Ipoh

2015-10-09

Ramai di antara kita yang masih alpa mengenai penjagaan kesihatan secara maksima malah leka mengenai pengesanan awal sebarang penyakit yang mungkin memudaratkan kita tanpa kita sedari satu hari nanti.

Bertindak di atas inisiatif ini, Family Wellness Club dengan kerjasama KPJ Ipoh Specialist Centre bakal menganjurkan sebuah ?forum dan saringan kesihatan secara percuma kepada seluruh warga Ipoh pada 31 Oktober depan.

Presiden Family Wellness Club, P. Mangaleswary berkata program yang bakal dijalankan di hospital berprestij tersebut ?merupakan salah satu pengisian bermanfaat yang dianjurkan bagi menyuntik kesedaran dan risiko pengesanan awal penyakit di kalangan ahli komuniti.

" Program sehari itu akan dipadatkan dengan saringan tahap glukosa, darah tinggi, kadar kolesterol, Indeks Jisim Badan( BMI) dan pelbagai khidmat perubatan oleh mereka yang bertauliah secara percuma.

" Selain itu,kita juga akan mengadakan dua sesi ceramah bersifat interaktif yang akan mengetengahkan isu yang diambil lewa oleh golongan dewasa bertemakan ' Kanser Wanita' dan ' Kesihatan Lelaki Di Atas 40-an'.

" Kedua-dua ceramah ini akan dikendalikan sepenuhnya masing-masing oleh ?pakar sakit puan, Dr. Zamzida Yusoff dan pakar urologi, Dr Ding Chek Lang,"katanya kepada PerakNews.

Tambahnya, pengkhususan mengenai kesihatan dalaman wanita turut ditekankan dalam program tersebut dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan 'Pap Smear' dan mamogram yang boleh mengesan sebarang risiko kanser ovari dan barah payu dara.

Mangaleswary berkata pihaknya mengalakkan kaum wanita yang bermi?nat ke atas kedua-dua pemeriksaan penting itu untuk membuat temu janji terlebih dahulu agar proses pendaftaran dan rekod pemeriksaan dapat disediakan secepat mungkin.

Menurutnya, salah satu objektif utama penganjuran program tersebut adalah untuk memperkasakan kesedaran kesihatan di kalangan keluarga dan pasangan berumahtangga agar mereka dapat mempraktikkan gaya hidup sihat
secara konsisten.

Program yang diadakan bersempena dengan " Bulan Barah Payu Dara' pada bulan Oktober itu juga bertujuan untuk menghapuskan stigma negative di kalangan kaum Adam dan Hawa yang masih malu untuk datang berjumpa pakar dan bertanyakan mengenai status kesihatan masing-masing.

" Ramai di antara wanita, malah golongan lelaki bersikap acuh tak acuh terhadap perkembangan atau kemerosotan kesihatan di dalam tubuh badan mereka, walaupun umur meningkat sehari ke sehari.

" Bila sudah jatuh sakit, dan bergantung sepenuhnya kepada ubat barulah ada penyesalan dalam diri justeru kami galakkan semua yang ingin mengetahui komposisi kesihatan diri untuk datang, seterusnya hadir ke ceramah untuk mendapat intipati penting mengenai risiko kanser daripada pakar,"katanya lagi.

Jelasnya, walau hanya berjalan untuk tempoh sehari namun pihaknya yakin ianya merupakan satu kolaborasi murni di antara kedua dua pihak dalam mencapai hasrat untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan kepada umum.

BACK