Latest News
Health Tourism in Malaysia Investor Research KPJ in the News KPJ 2013 Annual Report
Home > Corporate Profile
Events

Sultan Nazrin terima zakat perniagaan RM21.5j

2015-07-06

KUALA KANGSAR 4 Julai Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan 2014 daripada 12 syarikat dan koperasi yang berjumlah RM21.5 juta dalam majlis berbuka puasa di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Lembaga Air Perak (LAP) menjadi pembayar zakat perniagaan terbesar dengan jumlah RM6.48 juta diikuti Tenaga Nasional Berhad (TNB) (RM5.96 juta), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) (RM3.78 juta) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) (RM2.05juta).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pula mewakili Bank Rakyat menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RMl.87 juta.

Koperasi Permodalan Felda Berhad pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM328.000, KPJ Healthcare Berhad (RM245,000) diikuti QSR Brand (M) Holdings Sdn. Bhd. (RM2i8,399) dan Telekom Malaysia (TM) (RM128,469).

Tiga lagi koperasi turut membayar zakat iaitu Koperasi PesertaPeserta Rancangan Felcra Seberang Perak berjumlah RMl93,797, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) (RM150,522) dan Koperasi GuruGuru Melayu Kuala Kangsar dan Hulu Perak (RM76,904).

Cekcek pembayar an zakat tersebut kemudiannya diserahkan oleh Sultan Nazrin kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAPK), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berangkat ke majlis tersebut.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan pemimpin kerajaan negeri.

BACK